icon icon
Menu
Cart 0

Pesan Kek Atas Talian Di 'Eat Cake Today'

Posted by Eat Cake Today on

Berita baik untuk penggemar kek! Kini anda boleh mendapatkan perkhidmatan 'Eat Cake Today' portal pesanan & penghantaran kek pertama dalam talian di Malaysia yang menghimpunkan ramai pengusaha kecil-kecilan dan pembuat kek dari rumah yang berbakat serta restoran dan kedai bakeri, untuk membuat dan menghantar kek kegemaran dengan petikan jari anda.

 Keunikan Eat Cake Today ialah kesediaannya mengaturkan penghantaran pada hari yang sama, dengan menjanjikan penghantaran segara dalam masa 4 jam. Pemilihan kek di taman web dikategorikan mengikut jenis kek dan keperluan masa pemprosesan dan penghantaran minimum, seperti pilihan empat jam, satu hari, dua hari dan juga tiga hari. Harga kek antara Rm40 dan Rm321 setiap satu dan harga tidak termasuk caj penghantaran. 

 Eat Cake Today kini mempunyai empat pembuat kek yang mendapat sijil Halal daripada JAKIM - iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Mereka menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Akhir sekali tetapi tidak kurang pentingnya, Eat Cake Today juga menawarkan kek untuk tempahan khas.

News content from Mingguan Wanita - Malaysia Magazine.

Thank you Mungguan Wanita for featuring us! 


Share this post



← Older Post Newer Post →