Menu
Cart 0

EAT CAKE TODAY ANJUR 'PERTUNJUKAN KEK 2019' BAGI KEK PILIHAN TERBAIK & TREND 2020

Posted by Eat Cake Today on

Fenomena hiasan seni membuat dan menghias kek dimana Eat Cake Today telah memperlihatkan kek trend popular dan trend terkini yang kreatif dimana telah terjual pertama kali Cake Portal di Malaysia. Pada minggu lepas, mama berkesempatan menghadiri petunjukan pelbagai jenis kek, seni membuat kek, seni keindahan gubahan coklat dan gula serta kek-kek trend terkini yang menjadi pilihan pelanggan.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020

Pertama kali mama datang event sebegini untuk melihat sendiri pelbagai jenis kek yang menarik dan trend terkini bagi tahun 2020. Nampak semua kek sedap sangat sehinggakan sayang nak makan sebab terlalu cantik dan kemas. Kagum sebenarnya melihat chef-chef terkemuka buat kek secantik ini dan kek yang menjadi pilihan pada tahun hadapan seperti Kek Boba, Kek 3D, Kek Kristal dan macam-macam lagi. Semua kek-kek ini dihasilkan daripada chef-chef terhebat yang telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa iaitu Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef May Ling.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020- Paw Patrol Cake

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-Cheesy Mix Assorted Cheesecake

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-salted egg burnt cheesecake

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-nasi lemak cake

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-chocolate showpiece

Antara kek dan dessert yang menambat hati para pelanggan dan menjadi trend terkini pada tahun 2020 adalah :

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-decadent jar desserts

Manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula, dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam 3 perisa berlainan dan dipersembahkan dalam balang! Seperti kata pepatah kecil-kecil cili padi. Meskipun comel pasti menambat selera. Manisan ini nampak cantil dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil lagi comel yang menjadikannya manisan sesuai untuk minum petang, perkelahan dan jamuan istimewa untuk kanak-kanak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tiga perisa berlainan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-boba lava cake

Jika anda sudah lama mengidamkan kek teh susu boba, inilah peluang untuk anda menikmatinya. Kek sifon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan mutiara boba di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba ala Boomerang! Jangan meneka rasa daripada rupanya, kami mencabar anda supaya mencuba kelazatan Kek Lava Boba ni!

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-gems of the blue cake

Trend kek geod kini sedang menguasai internet! Kek geod nilam yang cantik dan lazat ini membawakan tekstur gula Kristal yang berceranggah. Kek cantic omo juga dihiasai bunga gula buatan tangan yang ideal untuk apa jua jamuan korporat dan majlis perkahwinan. Kek istimewa ini berkilauan dengan seribu sinar cahaya! Kek asas terdapat dalam dua perisa yang boleh pilih daripada Coklat Belgian dan mentega vanila. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting, asas kek menawarkan pilihan kek betul (boleh makan) atau kek hiasan (olok-olok) untuk tingkat-tingkat yang berlainan.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-macarons fault line cake

Tambahan sentuhan metalik dan makaron di bahagian tengah kek menjadikannya tampak seperti kek retak! Kek asas berperisa coklat karamel masin ini diselaputi krim mentega vanila dengan hiasan hari jadi akrilik emas di atasnya. Kek dengan garis-garis retak ini menjadikan kek perayaan anda satu-satunya gubahan seni sepertinya!

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-gravitiminion cake

Kek luar biasa ini sesungguhnya menjanjikan kelainan dan kemeriahan untuk parti anda. Ia mengandungi berbilang lapis dan setiap lapis dicondongkan dengan cara yang aneh tetapi dengan perkiraan yang tepat. Jika anda mencari sesuatu yang unik, kek minion tunggang terbalik ini menjanjikan keseronokan dan sesuai untuk parti hari jadi gila-gila atau majlis keramaian istimewa. Tetamu jemputan anda pasti kagum dengan kek yang sangat kreatif dan menakjubkan ini!

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-projection mapping cake

Kegilaan terkini membawa kek ke satu tahap serba baharu. Satu cara hebat untuk menjadikan kek anda benar-benar satu tumpuan keajaiban ialah teknologi pemetaan projeksi atau penayangan yang diguna pakai untuk kek kotak bertingkat ini. Teknik pencahayaan dan penayangan yang menakjubkan menjadikan kek hasil gubahan seni zaman moden ini sangat unik dan sungguh menakjubkan! Anda boleh memilih kata-kata ucapan dan corak animasi mengikut gaya peribadi anda. Kek pemetaan ini akan membuat tetamu jemputan anda leka dilamun pengalaman animasi yang sukar dilupakan!

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-blissful high tea

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-minion macarons

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-30 pieces of Fresh Fruit Tartlets

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-25 pieces Mini Assorted Quiche

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020

Buat pertama kalinya, menerusi kerjasama tiga chef pastri iaitu, Chong, Lawrence dan May Ling, Eat Cake Today juga menawarkan kelas Chocolate Showpiece Master tersendiri, kelas-kelas Sugar Flower untuk berkongsi pengetahuan dan minat dalam seni gubahan coklat dangula bersama mereka yang berminat dalam bidang ini.

Untuk tempahan kek dan juga maklumat lanjut mengenai Eat Cake Today boleh layari laman web www.eatcaketoday.com dan hubungi di talian telefon 017-8800 153

 

News content from Mama Jue

Thank you Mama Jue for featuring us!


Share this post



← Older Post Newer Post →

★ Customer Reviews ★

Real Customer Feedback

4508 reviews
74%
(3335)
17%
(777)
6%
(251)
2%
(81)
1%
(64)
Delicious

Cake was so good, def will order again

We love it!

It taste so good, we all love it!

Burned

It was nice and cheesy. Loved it

AWESOME CAKE!

Ordered it for a colleague's birthday and it became a crowd favourite among everyone! All flavours went very well together from the chocolate to the salted caramel & the cookie bits!

Will 100% order again.

Sinful Mango Cake

the taste very nice, but the mango is too ripe