10 Kek Terhangat Berdekatan Rumah Kalian!
Posted by Eat Cake Today on
Pernah tak kalian dah sedaya-upaya planning untuk sesebuah majlis tetapi akhirnya terlupa nak tempah kek? Jangan risau! Memang perkara biasa kalau tengah excited. Tapi dekat mana pula nak cari kek dah tengah terlupa ni?
Eat Cake Today sekarang dah sedia untuk membawa kek paling hangat ke rumah kalian di Kuala Lumpur, Selangor, Penang, dan Johor Bahru! Setiap lokasi pula ada pilihan kek-kek yang unik seperti kek coklat moist, kek keju yang unik, dan lain-lain lagi! Jom sama-sama lihat senarai 10 kek yang kami sediakan untuk kalian~
BAGI PENDUDUK KUALA LUMPUR DAN SELANGOR…
Bila cerita bab kek coklat, sudah pasti semua akan suka! Jadi, jangan berfikir panjang kalau tak pasti perisa apa untuk ditempah, lagi-lagi Chocolate Mousse Cake ini. Nampak macam biasa sahaja, tapi rasanya bukan biasa-biasa! Kek span coklat nya sungguh lembut dan moist, tambah lagi dengan Belgian Chocolate mousse. Confirm terpikat~
Kek ini pula umpama upgrade kepada kek yang kami cerita tadi dengan coklat Magnum! Memang bahagian luar kek ini agak rangup disebabkan penambahan coklat Magnum itu, tetapi isi kek nya agak lembut dan empuk~ Jangan terkejut dengan rasa masam manis dari buah aprikot pada kek ni pula!
Bagi peminat kek lobak merah mesti kalian tahu apa yang special sangat tentang kek ini! Kek moist dengan kekacang dan lobak merah yang dihias dengan frosting krim keju. Kombinasi ini dah cukup sedap, tetapi nak tahu macam mana nak buat ia lagi sedap? Nenas! Masam, manis, berkrim; semua cukup rasa!
Tengah craving durian tapi tak boleh nak cari tempat yang menjual nya? Kek keju durian ini cukup untuk memusakan keinginan kalian yang membuak-buak ini! Krim keju durian Mao Shan Wang digunakan untuk membuatkan kek keju ini lebih kick dan berkali-kali ganda lebih berkrim~
BAGI PENDUDUK PENANG...
Kek ini pula dibuat khas untuk kalian yang hantu kek coklat moist! Dari luar dah nampak dah ia cuba hasut kalian untuk memakan nya. Makan je dia tak perlu tahan-tahan~ Isinya dah coklat, dekat luar kek nya pun disaluti lagi dengan ganache coklat gelap. Jangan tak kongsi pula! Kesian kawan-kawan kalian.
Ada ke kek yang membuatkan kita rasa seperti berada di pantai? Tengok lah sendiri Chocolate Sensation Cake ini! Nampak macam cengkerang je yang menghiasi kek coklat ini! Kek span coklat yang cukup moist ini diselaputi dengan krim mentega coklat. Tak cukup coklat lagi? Ia dihias lagi dengan bebola coklat Callebaut! Memang santai~
Kek comel ini pula dibuat khas untuk anak-anak atau saudara-mara yang ada anak kecil. Tengoklah sendiri raut wajah mereka nanti. Mesti akan tersenyum lebar melihat unicorn cake ini dengan warna nya yang cukup lembut serta mukanya yang cukup manja.
BAGI PENDUDUK JOHOR BAHRU...
Mungkin kalian rindu dengan Cameron Highlands? Dekat sana banyak strawberry yang fresh. Bawa balik kenangan manis di sana dengan kek drip ini! Dengan warna pastel nya yang lembut dan cita rasa strawberry yang sting~ Kek ini dihiasi lagi dengan strawberry yang fresh!
Hari jadi siapa hari ini? Tengah risau dengan kek apa untuk dihidang? Bagi je dia kek ini! Lihat lah sendiri kek ini yang minimalistik dan penuh dengan kelas! Siap dihias dengan coklat, buah-buahan fresh dan ucapan Selamat Hari Lahir~
Kalau kalian impikan percutian ke Korea tak perlu dah nak ke sana. Bawa je Korea ke rumah kalian! Trend kek terhangat dari Korea kini ada di Malaysia~ Pilih je perisa apa kalian nak. Nak upload ke Instagram pun boleh dengan design nya yang menraik dan minimalistik! Mesti rakan-rakan kalian jealous nanti~
Kalau Eat Cake Today belum ada di negeri kalian, jangan risau! Ini baru sahaja permulaan bagi kami untuk mengembangkan servis ini. Kami aim untuk membuka cawangan di semua negeri di Malaysia supaya dapat memberi Malaysia cita rasa kek yang kreatif serta memikat cita rasa semua orang!
Tak berapa minat dengan pilihan kami? Itu baru sebahagian kecil koleksi kek mega kami! Klik di sini untuk lihat sendiri koleksi kek kami!