MEMANG TERBAIK! 4 JAM BOLEH SIAP 7 KEK COKLAT MOIST NI
Posted by Eat Cake Today on
Kalau kalian tengah baca blog ni mesti kalian tengah cari kek coklat yang cukup moist untuk membuat sesiapa sahaja terliur kan? Tak kisahlah kalian nak planning majlis hari jadi anak yang tersayang ke, majlis ulang tahun perkahwinan, ataupun nak sesuatu yang manis untuk minum petang, kek coklat mesti sesuai untuk apa sahaja keadaan! Usah risau, kami dari Eat Cake Today ada menyediakan list kek coklat moist yang betul-betuk kick! Jom tengok sama-sama!
Kalau nak betul-betul buatkan tetamu kalian (ataupun diri sendiri) terpukau dengan sekali pandang je, boleh cuba Magnum Chocolate Apricot Cake ni! Luaran kek coklat ni dah cukup lain daripada yang lain dengan “kerak” coklat Magnum-nya yang crunchy dan kaya dengan perisa koko. Potong je kek coklat ni nampak lapisan-lapisannya yang moist dan berkrim.
Awas! Kek coklat ni sangat moist, sampaikan ia berbahaya -- itulah dia Death by Chocolate Cake! Kenapa dia bahaya? Sebeb kek coklat ni boleh buat kalian ketagih dengan isinya yang padu dan moist, serta krim coklatnya yang lembut. Keenakan kek coklat ini dilapis lagi dengan piping coklat yang anggun!
Tak ada kek coklat? Kotak coklat ni pon jadi lah! Eh kamu nak buat apa dengan pisau tu? Haha, dah terkena! Ini Chocolate French Box, kek coklat dengan inti yang moist. Dari luar nampak macam coklat-coklat yang disusun cantik di dalam kotak yang comel, tapi itu semua auta! Kek coklat ni best untuk prank kawan-kawan kalian pada hari jadinya!
Kalau nak surprise jom kita tengok Chocolate Mousse Cake ni! Kek coklat ni dari luar nampak macam taman zen. Memang membuat sesiapa sahaja yang melihatnya akan rasa relax. Rasa macam ni lah yang membuat cita rasa kek coklat ni lagi best. Tapi surprise-nya datang dari saat kalian potong kek coklat ni. Tengoklah sendiri lapisan-lapisan kek coklat ni yang bukan sahaja moist tapi juga berspan! Memenag layan~
Kek coklat ni memang dibuat khas bagi sesiapa yang berjiwa seni. Perhiasan minimalis Awfully Chocolate Cake ni ada daya tarikannya yang tersendiri dengan serpihan coklat gelapnya yang disusun dengan penuh jiwa dan frosting-nya yang kemas. Sekali suap pun dah cukup layan dengan lapisan kek coklat yang pekat dan moist.
Kadangkala terasa macam tak berapa cukup kick makan kek coklat. Macam ada sesuatu yang tak cukup dalam kek coklat tu. Dengan Chocolate Salted Caramel Cookie Cake ni tak akan terasa macam ni dah. Apa je yang tak ada dalam kek coklat ni untuk membuatkan ia rasa kurang complete? Sos karamel asin (dan frosting karamel asin) ada, biskut hancur ada, lapisan kek coklat padu dan moist ada. Belum kira lagi ada satu lagi lapis yang dibuat dengan bahan-bahan yang sama!
Hanya kek coklat yang paling grand untuk majlis yang grand! Kek coklat Salted Caramel Popstar Cake ni memang pilihan yang terbaik kalau nak meriahkan lagi rasa sesebuah majlis dengan sentuhan premium. Luaran kek coklat ni nampak macam ada air terjun yang dibuat daripada bertih jagung, terapung atas limpahan sos karamel asin yang pekat dan masin-masin manis yang membuatkan kek ni nampak moist. Belum tengok dalam dia lagi ;)
Akhir kata, kek coklat dari kami di Eat Cake Today semuanya moist-moist belaka! Semuanya dibuat khas untuk kalian nikmati. Jangan kedekut, kongsi kegembiraan ni bersama rakan-rakan dan keluarga kalian~
Kek coklat moist dalam list ni baru permulaan bagi koleksi kek coklat kami yang kalian boleh enjoy dalam masa 4 jam sahaja. Nak tengok lagi klik link ni: https://www.eatcaketoday.com/collections/4-hour-chocolcate-cakes