Menu
Cart 0

RESIPI KEK COKLAT MOIST VIRAL YANG DI GILA-GILAKAN

Posted by Eat Cake Today on

Kalau kalian lalu tepi kedai-kedai kek mesti kalian terliur dengan display kek coklat mereka yang bukan main lagi moist. Dari tak rasa lapar terus rasa mengidam kek coklat! Dah rasa dah nikmat kek coklat yang padu dan moist yang cair di dalam mulut. Sekarang kalau tiba-tiba datang cravings untuk kek coklat tak payah nak turun ke kedai untuk beli kek coklat tu dah. Boleh buat sendiri di rumah. Ikut je resepi ni. Tak lama lagi nanti dapatlah rasa sendiri kek coklat moist ni! 

KEK COKLAT MOIST - Eat Cake Today

SEDIAKAN BAHAN-BAHAN KEK COKLAT

  • BAHAN A:
    • 1 cawan gula halus
    • 1 cawan serbuk koko
    • 1 cawan susu cair
    • 1 cawan minyak masak
    • 1/2 cawan susu pekat manis

  • BAHAN B:
    • 1 cawan tepung gandum
    • 1 sudu teh soda bikarbonat
    • 1 sudu teh baking powder

  • BAHAN C:
    • 3 biji telur
    • 1 sudu teh esen vanilla

    APA NAK BUAT DENGAN BAHAN-BAHAN INI?

  • BAHAN A:
  • Satukan kesemua Bahan A sekali dan panaskannya atas api kecil sehingga larut.


  • BAHAN B:
  • Ayakkan dan satukan kesemua Bahan B. 


  • BAHAN C:
  • Satukan kesemua Bahan C ke dalam blender dan kisar sehingga sebati (putih) 


    JOM MULA MEMASAK KEK NI!

    1. Panaskan pengukus 
    2. Sekalikan Bahan A dan Bahan B 
    3. Sesudah sahaja kalian sekalikan Bahan A dan Bahan B, masukkan Bahan C
    4. Sebatikan adunan kek coklat dengan pemukul (whisk) sampai tiada ketulan tepung
    5. Tuangkan adunan ini ke dalam bekas pilihan kalian (yang tahan panas)
    6. Masukkan bekas-bekas tersebut ke dalam pengukus selama 15 minit 
    7. Angkat dan sejukkan kek coklat ini terlebih dahulu sebelum menghidang

    RESIPI TOPPING COKLAT

    • 1 cawan serbuk koko
    • 1 cawan minyak (masak/jagung/sayur)
    • 1 cawan susu pekat
    • 1/2 cawan susu cair

    JOM SEDIAKAN TOPPING COKLAT!

    • Sekalikan kesemua bahan-bahan untuk membuat topping kek coklat ini
    • Masak bahan-bahan ini menggunakan teknik double boiler sehingga larut dan tidak berketul
    • Teknik double boiler
    • Sediakan dua periuk yang berlainan saiz
    • Pastikan periuk untuk mengisi bahan-bahan tersebut lebih kecil dari periuk yang akan dipanaskan
    • Isi periuk besar itu dengan air dan panaskan
    • Apabila periuk tersebut dah panas, masukkan periuk berisikan topping kek coklat ke dalamnya dan masaknya sehingga mencapai syarat yang tertera 
    • Angkat periuk yang berisikan bahan topping kek coklat dan biarkan ia suam sebelum menuangnya ke atas kek coklat
    • Tabur sedikit chocolate rice untuk hiasan
    • Sediakan perut anda untuk menikmati kek coklat ini! 

    KEK COKLAT MOIST - Eat Cake Today

    Ha, tu dia resipi nak buat kek coklat yang moist dan ditambah lagi moist dengan topping coklat special ni! Senang kan? Tak lama pun nak buat kek coklat moist viral ni. 15 minit dah siap! Tinggal nak kosongkan perut untuk isi kek coklat yang terlebih moist ni je. Resipi yang mudah dan menyelerakan ini di-ilhamkan dari perkongsian Ummydarwisya Mansor! Terima kasih banyak-banyak kerana memperkenalkan kek ini~

     

    Selamat mencuba!


    Kami dari Eat Cake Today menawarkan banyak jenis kek coklat. Kalau inginkan sedikit ilham untuk membuat kek coklat moist kalian yang seterusnya boleh klik link ini: https://www.eatcaketoday.com/collections/flavour-chocolate

    Share this post



    ← Older Post Newer Post →

    ★ Customer Reviews ★

    Real Customer Feedback

    12871 reviews
    79%
    (10150)
    15%
    (1904)
    4%
    (559)
    1%
    (154)
    1%
    (104)
    Great cheesecake in town!
    RW mangocheesecake
    Too sweet