Menu
Cart 0

Kek istimewa sempena Hari Ibu

Posted by Eat Cake Today on

Purple Roses Jelly Cake
HARI Ibu akan dirayakan tidak lama lagi dan inilah masa untuk kita menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kepada wanita istimewa dalam hidup kita.

Tiada yang lebih manis dan menarik untuk menggambarkan kasih sayang anda selain kek yang cantik dan lazat daripada Eat Cake Today.

Eat Cake Today telah mengetengahkan pelbagai kek bertema yang lazat, cantik dan menarik daripada pembuat kek terkenal untuk Hari Ibu termasuk tart, brownies dan kek cawan.
Mum's Brownie Box
Dari 13 April hingga 19 Mei ini, pelbagai kek disediakan untuk pesanan dalam talian menerusi portal eatcaketoday.com dan akan dihantar ke depan pintu ibu anda – tanpa sebarang masalah atau keperluan untuk keluar membeli.

Lebih menarik lagi, setiap pesanan kek yang dibuat menerusi portal ini disertakan dengan diskaun promosi 10 peratus daripada harga runcitnya (dengan pembelian minimum RM100) menggunakan kod promosi LOVEMOM.

Ring 'O' Roses Cake
Tempahlah kek buah-buahan, kek mawar boleh makan dan kek ‘hadiah’ termasuk Purple Roses Jelly Cake, Chocolate Red Velvety Cake, Classic Vanilla Swirl Cupcakes, Rosey Cake, Glossy Lychee Jelly Cake, Mother’s Day Cake, Edible Geode Cake, Cold Black & Red Rose Cake, Mom’s Brownie Box, Simply Chocolate Cake, Hojo Darjeeling Tea Cake, Queen Of Hearts Strawberry Cheesecake, hari ini!

Adakah anda selalu teringin membeli beg Chanel untuk ibu tersayang tetapi tidak mampu membayar harganya yang mahal? Anda tidak perlu mengidamkannya lagi kerana kek jeli perisa coklat berbentuk hati dengan bunga-bunga di atasnya, yang kami namakan Chanel Bag Jelly Cake, turut dihiasi beg Chanel comel warna merah jambu yang kami harap akan mempesonakan ibu anda.

Chanel Bag Jelly Cake
Biarpun tidak dapat digunakan sebagai beg, sekurang-kurangnya boleh dinikmati sepuas hati. Mother’s Teddy Jelly Cake membawakan bunga-bunga dan beruang teddy di atas kek jeli perisa pandan manakala Flower Bouquet Jelly Cake menawarkan lima reka bentuk bunga utama yang benar-benar terasa ringan dan segar!
“Ibu berhak mendapat yang terbaik daripada kita. Kami percaya setiap hadiah sepatutnya istimewa. Kalau sebelum ini ramai antara kita gemar menghadiahkan bunga, coklat, atau sesuatu yang istimewa, kini kita boleh memberi hadiah kek sebagai ganti,” kata Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, Ang Boon Chow.

News content from Sinar Harian

Thank you Sinar Harian for featuring us!


Share this post



← Older Post Newer Post →

★ Customer Reviews ★

Real Customer Feedback

3961 reviews
73%
(2907)
17%
(683)
6%
(228)
2%
(79)
2%
(64)
Good looking as picture show!

Taste not too sweet and just nice for 1 mouth titbit

Very cute!

Delivery was on time, and the cake was good. Thank you

Delicious!

The cake was moist and had authentic pandan fragrance. Though I personally found it a wee bit too sweet, the rest of the family loved it. The birthday lady thought it was the best cake she had ever eaten!

Great taste

Excellent cake

Fantastic

Should’ve ordered the bigger sized 😅 the two layers didn't quite stick and they were pretty crumbly, but still overall a very delicious cake