Menu
Cart 0

EAT CAKE TODAY PAMER KEK TERBAIK SEMPENA PERTUNJUKAN KEK 2019

Posted by Eat Cake Today on

Assalamualaikum semua.. Bila sebut kek je mesti semua terbayang masa sambutan hari jadi. Tak pun time kenduri kahwin. Tapi korang tahu tak yang kek ni pun ada pertunjukan juga. Ala, macam fesyen jugak ada minggu fesyen week kan. Ha, macam tu la jugak kek ni. Bayangkan pelbagai jenis kek yang cantik dan unik dipamerkan. Mesti terliur tengok kecantikan dan keunikan kek yang dipamerkan tu.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-sugar flower-wedding cake

Baru-baru ni sis sendiri ada menghadiri majlis Pertunjukan Kek 2019 yang dianjurkan oleh Eat Cake Today. Pameran ini diadakan bertujuan untuk mempamerkan pilihan terbaik dan trend kek untuk tahun 2020. Perghh, memang cantik-cantik kek yang dipamerkan. Teruja sis tengok ketelitian hiasan kek yang dipamerkan. Aishh, tengok luaran pun dah terliur, belum rasa lagi.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-geode cake

Bayangkan satu meja penuh dengan kek. Ada pelbagai jenis kek tau. Biasa kita makan kek coklat, kek sponge, kek tiramisu, kek buah je kan tapi kat sini ada banyak kek yang unik dan tak pernah terfikir pun ia boleh dijadikan sebagai kek seperti kek jelly dan kek nasi lemak. Kek nasi lemak tu sumpah sedap tau. Actually dia betul-betul nasi lemak yang dibentukkan sebagai kek siap ada sambal, ikan bilis, timun dan udang. Kreatif sangat.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-nasi lemak cake

Selain tu ada juga pameran pastri yang diperbuat sepenuhnya dari coklat. Bayangkan semua hiasan di atas meja ni (rujuk gambar) diperbuat daripada coklat. Ya, nampak real kan. Ha, jangan tertipu tau. Meja warna coklat tu pun adalah coklat yang sebenar termasuk pokok, pembakar roti dan juga laci berisi surat tu. Semuanya adalah coklat.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-chocolate showpiece-sugar flower

Ternyata kredit harus diberikan kepada para pembuat kek terutama chef-chef yang muda dan berbakat ni. Iye kek-kek yang cantik ni disediakan oleh chef yang muda-muda tau. Malu sis sebab dah tua-tua ni buat kek yang basic pun tak pandai. Apatah lagi nak buat kek yang unik siap dengan deko lagi. Tabik spring la pada mereka ni terutama Chef Chong Ko Wai, Chef Lawrence Cheong dan Chef Chen May Ling. Mereka juga turut mengadakan pertunjukan dan persembahan Seni Keindahan Gubahan Coklat dan Gula bertaraf antarabangsa. Chef Chong Ko Wai dan Chef Lawrence Cheong telah menyediakan gubahan meja vintaj dan peralatan rumah dengan pastri daripada coklat untuk Pertunjukan Kek Eat Cake Today.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-chong ko wai

Chef Chong Ko Wai - pemenang pingat perak Mondial des Arts Sucres 2016, telah menghasilkan gubahan gula dan coklat yang cantik dengan tema “Alice in the Wonderland” bagi melayakkannya memenangi Pingat Perak 2016.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-lawrence cheong

Chef Lawrence Cheong - mendapat tempat ke-4 dalam Coupe du Monde de la Patisserie 2015 di Lyon (Piala Pastri Dunia 2015) dengan gubahan coklat dan kek aiskrim. Beliau juga memenangi anugerah gubahan coklat terbaik pada 2015 dengan tema “Beauty and the Beast”.
eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-chen may ling

Chef Chen May Ling - pemenang pingat gangsa dalam Pertandingan FHM Culinaire Malaysia 2017 bagi kategori Paparan Artistik dengan gubahan coklat yang menarik. Beliau telah menggubah Bunga Gula yang cantik untuk menghiasi kek perkahwinan untuk Pertunjukan Kek Eat Cake Today, dinamakan “Sugar Flower Wedding Cake” (Kek haute couture Perkahwinan Bunga Gula).

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-cindy chan-edwin chan

Kalau kat atas ni dah tunjuk cara buat coklat, yang bawah ni pula untuk pembuatan kek yang unik dan menarik. Kerjasama diantara perundingan R&D, C3 Lab dan Eat Cake Today, Chefs Chong Ko Wai, Lawrence Cheong dan Chen May Ling telah menghasilkan pelbagai jenis kek premium yang hanya boleh dipesan secara eksklusif dari Eat Cake Today di bawah jenama C3 Lab. Mereka telah disertai oleh Chef Edwin Chan dan Cindy Chan yang bersama-sama mempersembahkan trend kek terkini, khususnya kek & manisan yang menambat hati dan selera hadirin dan tetamu jemputan pada hari ini:-

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-decadent jar desserts

Decadent Jar Desserts – Manisan dan juadah miniatur yang dibuat sepenuhnya dari mula, dengan menggunakan bahan semula jadi bermutu tinggi, dalam 3 perisa berlainan dan dipersembahkan dalam balang! Seperti kata pepatah kecil-kecil cili padi. Meskipun comel pasti menambat selera. Manisan ini nampak cantil dan lazat dihidangkan dalam balang-balang kecil lagi comel yang menjadikannya manisan sesuai untuk minum petang, perkelahan dan jamuan istimewa untuk kanak-kanak, kawan-kawan, dan sebagainya. Tiga perisa berlainan adalah Mousse Yogurt Strawberi, Mousse Oren Vanila, dan Mousse Kacang Tanah dengan Span Vanila.

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-boba lava cake

Boba Lava Cake – Jika anda sudah lama mengidamkan kek teh susu boba, inilah peluang untuk anda menikmatinya. Kek sifon perisa teh susu yang lembut dan gebu dengan taburan mutiara boba di atasnya atau tersembunyi di dalam kek adalah benar-benar seperti ledakan boba ala Boomerang! Jangan meneka rasa daripada rupanya, kami mencabar anda supaya mencuba kelazatan Kek Lava Boba ni!

eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-gems of the blue cake

Gems of the Blue Cake 10” – Trend kek geod kini sedang menguasai internet! Kek geod nilam yang cantik dan lazat ini membawakan tekstur gula Kristal yang berceranggah. Kek cantic omo juga dihiasai bunga gula buatan tangan yang ideal untuk apa jua jamuan korporat dan majlis perkahwinan. Kek istimewa ini berkilauan dengan seribu sinar cahaya! Kek asas terdapat dalam dua perisa yang boleh pilih daripada Coklat Belgian dan mentega vanila. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting, asas kek menawarkan pilihan kek betul (boleh makan) atau kek hiasan (olok-olok) untuk tingkat-tingkat yang berlainan.
eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-macarons-macarons fault line cake
Macarons Fault Line Cake – Tambahan sentuhan metalik dan makaron di bahagian tengah kek menjadikannya tampak seperti kek retak! Kek asas berperisa coklat karamel masin ini diselaputi krim mentega vanila dengan hiasan hari jadi akrilik emas di atasnya. Kek dengan garis-garis retak ini menjadikan kek perayaan anda satu-satunya gubahan seni sepertinya!
eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-gravitiminion cake
Gravitiminion Cake 10” (Topsy Turvy Cake) – Kek luar biasa ini sesungguhnya menjanjikan kelainan dan kemeriahan untuk parti anda. Ia mengandungi berbilang lapis dan setiap lapis dicondongkan dengan cara yang aneh tetapi dengan perkiraan yang tepat. Jika anda mencari sesuatu yang unik, kek minion tunggang terbalik ini menjanjikan keseronokan dan sesuai untuk parti hari jadi gila-gila atau majlis keramaian istimewa. Tetamu jemputan anda pasti kagum dengan kek yang sangat kreatif dan menakjubkan ini!
eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020-projection mapping cake
Projection Mapping Cake – Kegilaan terkini membawa kek ke satu tahap serba baharu. Satu cara hebat untuk menjadikan kek anda benar-benar satu tumpuan keajaiban ialah teknologi pemetaan projeksi atau penayangan yang diguna pakai untuk kek kotak bertingkat ini. Teknik pencahayaan dan penayangan yang menakjubkan menjadikan kek hasil gubahan seni zaman moden ini sangat unik dan sungguh menakjubkan! Anda boleh memilih kata-kata ucapan dan corak animasi mengikut gaya peribadi anda. Kek pemetaan ini akan membuat tetamu jemputan anda leka dilamun pengalaman animasi yang sukar dilupakan!
eat cake today-cake delivery-the cake show-cake trends 2020
Amacam?? Terliur dah ke tengok semua kek tu?? Kalau terliur meh la order. Jangan risau, Eat Cake Today ada menyediakan khidmat pesanan secara online. Ya, mereka merupakan perintis portal tempahan dan penghantaran kek yang menawarkan kek yang mengikuti perkembangan terkini, unik dan dibuat khas untuk korang. Selain tu Eat Cake Today juga ada membuat bengkel dan kursus membuat kek. Ada 3 pilihan iaitu kelas Chocolate Showpiece Master, kelas Sugar Showpiece dan kelas Sugar Flower yang dikendalikan sendiri oleh tiga chef pastri, iaitu Chef Chong, Chef Lawrence dan Chef May Ling.
Untuk maklumat lanjut boleh rujuk :
Telefon :
017-8800153

News content from Dikbee!

Thank you Dikbee Malaysia for featuring us!


Share this post



← Older Post Newer Post →

★ Customer Reviews ★

Real Customer Feedback

4508 reviews
74%
(3335)
17%
(777)
6%
(251)
2%
(81)
1%
(64)
Delicious

Cake was so good, def will order again

We love it!

It taste so good, we all love it!

Burned

It was nice and cheesy. Loved it

AWESOME CAKE!

Ordered it for a colleague's birthday and it became a crowd favourite among everyone! All flavours went very well together from the chocolate to the salted caramel & the cookie bits!

Will 100% order again.

Sinful Mango Cake

the taste very nice, but the mango is too ripe