icon icon
Menu
Cart 0

Tempah Kek Hari Ibu ‘Online’ di Eat Cake Today

Posted by Eat Cake Today on

Sambutan Hari Ibu akan tiba tidak lama lagi.

Seperti saban tahun, pasti ada sahaja kejutan yang kita rancangkan untuk menyambut hari istimewa tersebut bersama ibu tercinta.

Jika ada yang masih mencari idea untuk sambutan tersebut, apa kata anda menempah kek yang cantik dan lazat daripada Eat Cake Today.

Ini kerana kedai kek dalam talian (online) itu menyediakan pelbagai kek bertema yang lazat, cantik dan menarik daripada pelbagai pembuat kek terkenal untuk Hari Ibu termasuk tart, brownie, kek cawan dan sebagainya.

Bermula dari 13 April hingga 19 Mei ini, pelbagai kek akan disediakan untuk pesanan online menerusi portal eatcaketoday.com, dan akan terus dihantar ke depan pintu rumah atau pejabat ibu anda.

Lebih menarik, setiap pesanan kek yang dibuat menerusi portal itu turut disertakan dengan diskaun promosi 10 peratus daripada harga runcitnya (dengan pembelian minimum RM100) menggunakan kod promosi LOVEMOM.

Kek yang boleh ditempah terdiri kek buah-buahan, kek mawar boleh makan dan kek hadiah termasuk Purple Roses Jelly Cake, Chocolate Red Velvety Cake, Classic Vanilla Swirl Cupcakes, Rosey Cake, Glossy Lychee Jelly Cake, Mother’s Day Cake, Edible Geode Cake, Cold Black & Red Rose Cake, Mom’s Brownie Box, Simply Chocolate Cake, Hojo Darjeeling Tea Cake dan Queen Of Hearts Strawberry Cheesecake.

Kek Buah-Buahan

Mango Charlotte Cake adalah kek mangga berkrim dibuat dengan bavarois mangga dan buah mangga segar yang dipotong dadu, dikelilingi mahkota jejari span buatan sendiri. Kek ini akan membuatkan anda hanyut dalam kelazatan rasa buah yang segar!

Bagi ibu-ibu yang gemar akan tart, terdapat Summer Bliss Fruit Tarts yang penuh dengan buah-buahan segar dan sihat.  Kelazatan rasa aftertaste dan aroma daripada semua hirisan buah akan membuat anda sentiasa terkenang-kenang.

Naked Truth Cake ialah kek span koktel buah-buahan berlapis krim yang mungkin tidak memerlukan hiasan, tetapi jika anda suka menikmati ‘kek kosong’, bermakna inilah masanya untuk anda menghayati erti keaslian.

Kek Mawar Boleh Makan

Ibu anda pasti terpukau dengan bunga-bunga mawar yang akan membuka seleranya! Lady in Rose Petal Dress Cake yang ‘menggayakan’ gaun malam menggunakan kelopak-kelopak mawar tampak anggun dan menawan. Terdapat empat kek asas yang lazat untuk pilihan anda.

Ring ‘O’ Roses Cake dengan reka bentuk mawar sebenar adalah kek coklat atau kek mentega yang menyelerakan dan menarik, dihiasi reka corak mawar yang cantik.

Kek Hadiah

Adakah anda selalu teringin membeli beg Chanel untuk ibu tersayang, tetapi tidak mampu membayar harganya yang mahal? Kini, anda tidak perlu mengidamkannya lagi kerana kek jeli perisa coklat berbentuk hati dengan bunga-bunga di atasnya, yang dinamakan Chanel Bag Jelly Cake, turut dihiasi beg Chanel comel warna merah jambu pasti mempesonakan ibu anda. Biarpun tidak dapat digunakan sebagai beg, sekurang-kurangnya boleh dinikmati sepuas hati.

Mother’s Teddy Jelly Cake membawakan bunga-bunga dan beruang teddy di atas kek jeli perisa pandan, manakala Flower Bouquet Jelly Cake menawarkan lima reka bentuk bunga utama yang benar-benar terasa ringan dan segar!

Akhir sekali adalah Kek Cawan Artisan Hari Ibu dengan aising krim mentega gubahan tangan yang pasti menarik hati ibu-ibu. Coklat dan vanila adalah perisa klasik untuk kek cawan. Dengan teksturnya yang lembap dan lemak, rasanya lebih lazat dengan aising krim mentega berbentuk bunga di atasnya!

Eat Cake Today merupakan platform dalam talian yang memudahkan pengguna membeli pelbagai kek lazat daripada pembuat kek tempatan dan menghantar kek ke hadapan pintu rumah pelanggan.

Ia mendapat bekalan daripada lebih 40 pembuat kek, termasuk nama-nama terkenal seperti Baker’s Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes dan Tedboy serta turut menawarkan kek khas mengikut pengkhususan dan tempahan.

Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai jenis kuih seperti biskut, brownie, bundt, kek keju, biskut, kek cawan, kek tanpa telur, kek krim mentega fondan, pilihan tanpa gluten, loaf, mille crepe, pavlova, pie, tart, vegan tanpa susu, kek khusus, kek bulan, pastri, kek jeli, kek pereka dan lain-lain.

Kelebihan Eat Cake Today adalah keupayaannya membuat penghantaran pada hari yang sama, menjanjikan perkhidmatan segera dalam masa hanya 4 jam.

Pilihan kek di laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan keperluan minimum masa pemprosesan dan penghantaran, seperti pilihan 4 jam, pilihan 1 hari, pilihan 2 hari serta pilihan 3 hari.

Harga kek bermula daripada RM57 hingga RM400 setiap satu, dan semua harga tidak termasuk caj penghantaran.

Buat masa ini Eat Cake Today membuat penghantaran ke kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan caj penghantaran RM10, manakala kos penghantaran tambahan dikenakan untuk penghantaran ke luar kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Pesanan kek boleh dibuat melalui laman web www.eatcaketoday.com atau talian 017-880 0153 dari Isnin hingga Sabtu, antara 9.00 pagi hingga 8.00 malam, dan dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Ahad / cuti umum.

 

News content from Salam Today

Thank you Salam Today for featuring us!


Share this post



← Older Post Newer Post →