Menu
Cart 0

Promosi Diskaun 10% Di “Eat Cake Today” Sempena Hari Ibu

Posted by Eat Cake Today on

Hari Ibu akan dirayakan tida lama lagi dan inilah masa untuk kita menunjukkan kasih sayang dan penghargaan kita kepada wanita istimewa dalam hidup kita. Tiada yang lebih manis dan menarik untuk menggambarkan kasih sayang anda selain kek yang cantik dan lazat daripada Eat Cake Today.
Eat Cake Today telah mengetengahkan pelbagai kek bertema yang lazat, cantik dan menarik daripada pembuat kek terkenal untuk Hari Ibu termasuk tart, brownie, kek cawan dan sebagainya. Dari 13 April hingga 19 Mei, pelbagai kek akan disediakan untuk pesanan dalam talian menerusi portal eatcaketoday.com, dan akan dihantar ke depan pintu ibu anda - tanpa sebarang masalah atau keperluan untuk keluar membeli.
 
Glossy Lychee Jelly Cake
Lebih menarik lagi, setiap pesanan kek yang dibuat menerusi portal ini disertakan dengan diskaun promosi 10% daripada harga runcitnya (dengan pembelian minimum RM100) menggunakan kod promosi LOVEMOM.
Tempahan bagi kek buah-buahan, kek mawar boleh makan dan kek 'hadiah' termasuk Purple Roses Jelly Cake, Chocolate Red Velvety Cake, Classic Vanilla Swirl Cupcakes, Rosey Cake, Glossy Lychee Jelly Cake, Mother's Day Cake, Edible Geode Cake, Cold Black & Red Rose Cake, Mom's Brownie Box, Simply Chocolate Cake, Hojo Darjeeling Tea Cake, Queen Of Hearts Strawberry Cheesecake, dan sebagainya.
Ring 'O' Roses Cake
Menurut Encik Ang Boon Chow, Pengarah & Ketua Pegawai Eksekutif Eat Cake Today, "Ibu kita berhak mendapat yang terbaik daripada kita. Kami percaya setiap hadiah sepatutnya istimewa. Kalau sebelum ini ramai antara kita gemar menghadiahkan bunga, coklat, atau sesuatu yang istimewa, kini kita boleh memberi hadiah kek sebagai ganti. Hadiah kek yang cantik dn menarik membawa impak lebih besar. Justeru, kami menghias kek kami dengan motif bertema Hari Ibu yang akan menarik pandangan dan menambat selera ibu," kata Ang.
Mum's Brownie Box
Eat Cake Today ialan platform dalam talian yang menyenangkan pengguna membeli pelbagai kek lazat daripada pembuat kek tempatan dan menghantar kek ke hadapan pintu pelanggan. Ia seperti 'Grab' hanya untuk kek!
Portal mendapat bekalan daripada lebih 40 pembuat kek, termasuk nama-nama terkenal seperti Baker's Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes, Tedboy, dan sebagainya. Eat Cake Today juga menawarkan pelbagai jenis kuih seperti biskut, brownie, bundt, kek keju, cookie, kek cawan, kek tanpa telur, kek krim mentega fondan, pilihan tanpa gluten, loaf, mille crepe, pavlova, pie, tart, vegan tanpa susu, kek khusus, kek bulan, pastri, kek jeli, kek pereka dan lain-lain. Baru-baru ini, Eat Cake Today juga menawarkan barangan tambahan seperti belon dan jambak bunga.
Purple Roses Jelly Cake
Kelebihan Eat Cake Today ialah keupayaannya membuat penghantaran pada hari yang sama, menjanjikan perkhidmatan segera dalam masa hanya 4 jam. Kebanyakan kek adalah buatan tangan oleh pembuat kek dari rumah, kedai kek tempatan, kafe bakeri dan sebagainya. Pilihan kek di laman web dikategorikan mengikut jenis kek dan keperluan minimum masa pemprosesan dan penghantaran, seperti pilihan 4 jam, pilihan 1 hari, pilihan 2 hari dan juga pilihan 3 hari. Harga kek bermula dari RM57 hingga RM400 setiap satu dan semua harga tidak termasuk caj penghantaran.
Buat masa ini Eat Cake Today mempunyai empat pengusaha kek yang mendapat pengesahan Halal daripada JAKIM - iaitu Cake Sense, Cat & The Fiddle, Just Heavenly dan The Honest Treat. Semua pembuat kek ini menggunakan bahan-bahan yang disahkan halal. Akhir sekali tetapi tidak kurang penting, Eat Cake Today juga menawarkan kek khas mengikut pengkhususan dan tempahan.
Lady in Rose Petal Dress Cake
Buat masa ini Eat Cake Today membuat penghantaran ke kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya dengan caj penghantaran RM10.00, manakala kos penghantaran tambahan dikenakan untuk penghantaran ke luar kawasan Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, seperti Shah Alam, Klang, Bukit Jalil, Kajang, Rawang dan lain-lain.
Pesanan kek boleh dibuat melalui laman web www.eatcaketoday.com atau telefon 017-8800153 dari Isnin hingga Sabtu, antara 9.00 pagi hingga 8.00 malam dan dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang pada hari Ahad / cuti umum.

News content from Femagonline

Thank you Femagonline for featuring us!


Share this post



← Older Post Newer Post →

★ Customer Reviews ★

Real Customer Feedback

4807 reviews
75%
(3582)
17%
(820)
5%
(260)
2%
(81)
1%
(64)
Nice cake

Good fondant and taste good

Chocolate Salted Caramel Lava Cake 7"

Vegan Choc Cake

I was very pleasantly surprised at how delicious the cake was. Thank you for

review of lemon poppy seed cake

cake taste nice and fresh!

Simply Vegan

Small, simple but the taste was yummy and everyone enjoys it!