Pesan Kek Dalam Talian
Posted by Eat Cake Today on
"Mencari kedai kek yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal kadangkala memang sukar, jika adapun kek yang ditawarkan tidak menepati cita rasa.
Masalah tersebut mungkin dapat diatasi dengan kehadiran Eat Cake Today, portal dalam talian yang menawarkan perkhidmatan kek pertama di negara ini.
Menariknya, portal ini menghimpunkan ramai pengusaha kecil-kecilan dan pembuat kek dari rumah (homemade), selain kedai kek dan restoran.
Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, BC Ang berkata, portal ini menawarkan banyak pilihan kek yang lazat dan berkualiti, dihantar daripada pembuat kek kepada pengguna dengan mudah.
Katanya, semua pihak yang terlibat, baik pengurus perkhidmatan pelanggan, pembuat kek mahupun penghantaran, dihubungkan kepada sistem ini menerusi telefon pintar bagi proses pesanan.
Ini bagi memastikan pelanggan menerima kek mereka tepat pada mesanya.
"Kami ingin memudahkan orang ramai menikmati kek kegemaran pada bila-bila masa dari di mana-mana sahaja, bukan hanya ketika sambutan hari jadi atau kenaikan pangkat seperti sebelum ini," kata Ang.
Lebih menarik katanya, pelanggan pasti dapat mencari kek yang sesuai dengan keperluan peribadi mereka.
Ini kerana portal tersebut menghimpunkan lebih 40 pembuat kek, termasuk nama-nama terkenal seperti Baker's Art, Cat & The Fiddle, Ennoble, Huckleberry, Little Tee Cakes dan Tedboy.
Selain itu, terdapat 400 jenis kek yang boleh dipesan seperti biskut, brownies, bundts, kek keju, biskut, kek cawan dan kek fondant.
"Pemilihan kek juga dikategorikan mengikut jenis kek dan keperluan masa pemprosesan dan penghantaran minimum, seperti pilihan empat jam, satu hari, dua hari dan tiga hari. Harga kek pula di antara Rm40 hingga Rm321," katanya. "
News content from Utusan Malaysia.
Thank you Utusan Malaysia Newspaper for featuring us!
Share this post
- Tags: malay, media release, news, news media, news release, newspaper, press release