icon icon
Menu
Cart 0

Gempak! 10 kek paling ngam untuk minum petang anda!

Posted by Eat Cake Today on

Time minum petang lah waktu untuk chill. Bayangkan kamu tengah bersandar di kerusi kegemaran kamu. Teh panas atas meja dan kek kegemaran kamu atas pinggan. Tau tak kamu bahawa kenikmatan minum petang tu bergantung pada pilihan kek? Kalau kek tu kena dengan cuaca memang padu lah. Tak apa, jangan risau pasal itu. Kami dari Eat Cake Today dah siapkan list 10 kek yang paling kick untuk minum petang kamu! 


JOM MINUM PETANG!

  • Chocolate Salted Caramel Cookie Cake
  • Kalau rasa macam nak pekena kombinasi klasik coklat dan karamel asin boleh la cuba kek ni. Dah la kek coklatnya moist belaka, topping nya pula tak kedekut dengan frosting karamel asin. Tak cukup lagi dengan tu, kek ni datang dalam dua lapis yang sama! 


  • Jackfruit Bundt Cake 8"
  • Dekat luar nampak macam kek bundt biasa dengan sos lemon yang padu, tapi cuba potong ke dalam kek ni. Rasa macam potong awan! Lepas itu cuba sesuap. Boleh rasa buah nangka dalam kek ni -- segar dia rasa macam baru kait dari pokoknya! Dengan lembut nya, lemak-lemak manis nya. Memang akan terpikat. 

  • Blackout Chocolate Cake
  • Kek coklat yang memang padu dengan cita rasa koko yang moist. Memang terbaik kalau rasa macam nak layan je masa tengah nikmati minum petang. Kek coklat, dihiasi lagi dengan hirisan coklat penuh krim dan krim pastri coklat gelap. Biarlah segala keresahan pada siang hari “pitam” selepas sesuap kek coklat ini~

  • Burnt Cheesecake
  • Dekat luar dibakar dengan suhu yang tinggi hingga rangup. Dalamnya pula cukup lembut dan berkrim yang cair di dalam mulut. Lagi feeling kalau tengan makan kek keju/cheesecake ni sambil tengah tengok matahari terbenam. 

  • 64 pieces of Mini Mixed Flavour Cupcakes
  • Macam yang kami katakan awal tadi, minum petang masa untuk relax. Tinggalkan sekejap benda-benda yang dah jadi waktu siang tadi. Kadangkala sebab kita nak cari kek yang kena dengan selera kita pun boleh mengganggu fikiran. Tak payah pilih dah! Ambil je mana-mana dari 64 biji kek cawan ni! Ada perisa red velvet, butterscotch, chocolate salted caramel, dengan vanilla rainbow~

  • Oreo Ice Cream Cake 8"
  • Kalau nak betul-betul nikmati Oreo kena lah celup ia masuk dalam segelas susu. Tapi dengan kek ais kerim Oreo ni tak payah nak celup-celup dah. Oreo hancur dengan badan berkrim kek ais kerim ni memang kombo yang kaw! Lagi-lagi kalau baru keluar peti ais. Dingin je -- terbaik jika makan pada petang yang agak terik. 

  • Vegan Banana Cake with Coconut Whipped Cream 7.5"
  • Kalau tengah jaga badan tu jangan risau! Sebab kek ni cukup vegan-friendly sebab ia bebas dari gluten dengan krim buah kelapa di atas. Dah lah sedap, tak menggemukkan pula tu! Makan banyak pon tak rasa macam tengah cheat day!

  • Fruity Trifle Cake 6"
  • Minum petang dengan lebih class~ Potongan-potongan kek bersama vanilla mousse yang lembut seperti kapas dan aneka buah-buahan serta dihiasi dengan hirisan strawberry yang dikutip fresh dan coconut crumble. Semuanya dalam cawan wain! 

  • Valentine Jelly Cake 8"
  • Kamu tengah chill dengan yang tersayang dan kamu nak bagitahu dia yang kau betul-betul sayangkan dia. Kek agar-agar santan ni cukup sempurna untuk itu! Dengan badan nya yang berwarna-warni dan comel dalam bentuk hati. Siapa je yang tak melting?

  • Chocolate Mousse Cake (Slice)
  • Kadangkala kita tak perlu pun kek besar-besar untuk menikmati minum petang. Sepotong pun dah cukup~ Kek coklat Belgian ni pula bukan sahaja lembut tetapi juga moist! Atasnya pula ditabur serbuk koko untuk menambahkan lagi ke-coklat-an nya. Best kalau minum petang style piknik~ 


    Lepas ni boleh lah nak plan minum petang yang best~ Tak kisah pun kek apa kegemaran mu. Janji setiap detik tu penuh dengan cita rasa yang istimewa dan kenangan yang manis walaupun hanya sekejap sahaja. 


    Rasa macam tak kena sahaja pilihan kami ni? Jangan risau~ Klik sini untuk lihat sendiri koleksi kek mega kami dari kek coklat yang paling moist hinggalah kek yang ada personaliti yang memukau!


    Share this post



    ← Older Post Newer Post →