icon icon
Menu
Cart 0

Hargai Pekerja Kalian Dengan Kek Korporat Terbaik!

Posted by Eat Cake Today on

Pekerja merupakan darah dan daging bagi mana-mana syarikat. Siapa lah yang akan buat semua kerja di syarikat itu kalau mereka tak ada. Sebab itu lah kita perlu hargai dan salute kepada para pekerja kerana sumbangan mereka untuk menggerakkan syarikat kalian ke hadapan. Apa salahnya kalau kalian mengambil satu hari untuk meraikan usaha mereka yang tiada tolok bandingnya? 


Panggil ramai-ramai! Ajak mereka ke majlis penghargaan yang dibuat khas untuk mereka! Sebelum nak mulakan majlis mesti kena ada kek yang sedap dan lawa kan? Kalau tak tahu nak cari kek dekat mana jangan risau! Kami ada sediakan list untuk 10 kek untuk majlis kalian! 


KEK DESIGNER YANG SEDAP DAN LAWA

  • Jackfruit Bundt Cake 8"
  • Kek yang sangat sesuai untuk kena dengan cita rasa sesiapa sahaja. Kek buah ini diberi sentuhan yang lebih empuk dengan menggunakan kek bundt sebagai base untuk kek tersebut. Tambah lagi dengan sos lemon yang dituang ke atas kek bundt ini. Baru ada rasa sting dengan setiap gigitan~

  • Cendol Cake 8"
  • Kalau kalian nak sentuhan yang lebih classic untuk majlis kalian boleh lah cuba kek ini pula! Sentuhan Malaysia nampak jelas sekali terpapar pada setiap lapisan kek ini. Ada lapisan pandan, sagu gula melaka, dan juga mousse santan! Setiap potongan mesti teringatkan mereka akan kampung halaman. Boleh la kasi beberapa hari cuti untuk pulang ke kampung~ 

  • Refreshing Chocolate Peppermint Mint Cake 6"
  • Ini pula kek yang sesuai kalau ramai pekerja yang minat dengan kek coklat yang moist~ Kek coklat ini special sikit. Mengapa? Cuba rasa sikit, mesti kalian akan perasan yang ia agak sejuk dan menyegarkan! Pudina di dalam kek coklat ini confirm akan jadi kegilaan ramai pada majlis itu nanti~

  • Banana Choco-Tella Cake 6"
  • Pernah tak cuba kek coklat yang dicampur dengan hirisan pisang? Memang kombinasi ini nampak macam pelik je tapi percaya lah kedua-dua perisa ini sesuai untuk dinikmati bersama. Pisang yang berkrim ini buatkan kek coklat moist ini rasa lebih kick! Jangan takut untuk cuba benda baru. Mana lah tahu kek coklat ini jadi favourite kalian pulak ke? 

  • Yuzu Mirror Glaze Cake 7"
  • Lapisan luar kek coklat moist ini berkilat sungguh! Kalau berkilat lagi mesti boleh nampak muka sendiri macam cermin. Lapisan span dacquiose span almond, kacang hazelnut yang direndam dalam sos karamel asin, dan lemon yuzu yang fresh membuatkan kek coklat ini lain daripada yang lain! 

  • Mocha Mousse Cake
  • Kopi dan kerja tak akan dapat dipisahkan. Jadi mesti pekerja kalian amat suka dengan perisa kopi! Kek coklat ini digabungkan sekali dengan perisa kopi untuk mewujudkan cita rasa mocha yang lembut dan penuh krim~ Lihatlah sendiri senyuman yang diukir pada wajah pekerja-pekerja kalian dengan setiap suap kek ini~


    LENGKAPKAN KEK PILIHAN ANDA DENGAN KEK MINI YANG COMEL INI

  • 12 pieces of Blackout Cupcakes
  • Kek cawan berperisa coklat ini best kalau kongsi beramai-ramai! Dah la kek nya sendiri dibuat dari coklat yang premium dan moist tambah lagi krim pastry coklat gelap pada bahagian atas kek ini. Memang padu~ Jangan pula ketagih dengan kek cawan yang berkrim ini sampai tamak dan tak mahu berkongsi! 

  • 25 pieces of Red Velvet Cupcakes
  • Kalau nak majlis kalian rasa fancy sikit boleh cuba kek cawan ini pula! Merah merupakan antara warna yang paling anggun. Dah fancy-fancy baru lah mereka akan rasa seperti berada di gala yang mewah! Tapi pastikan majlisnya pun nampak mewah~

  • Moist Chocolate Ganache Cupcakes
  • Kek cawan ini pula untuk penggemar coklat vegan kerana kek ini tidak mengandungi telur! Baru adil untuk semua orang di majlis itu. Walaupun ia tidak mengandungi telur, kek cawan berperisa coklat ini lebih kaw dari yang lain dengan coklat ganache yang penuh krim~

  • Mix Box
  • Setiap potongan kek ini unik! Boleh la dibuat permainan “cabutan bertuah” untuk lihat siapa dapat perisa kek kegemaran mereka. Adakah mereka akan dapat perisa Banoffee, Minty Chocolate, Raspberry Choc, Raspberry Dream, atau Orange Chocolate? 


    Apa pendapat kalian tentang list kek kami ini? Setiap kek di sini telah dipilih dengan teliti oleh kami dari Eat Cake Today untuk memastikan majlis kalian dapat mood dan vibe yang sesuai! 


    Tak berapa minat dengan pilihan kami? Jangan risau! Klik sini untuk melihat sendiri segala kek yang boleh kami hantarkan ke lokasi kalian!


    Share this post



    ← Older Post Newer Post →