10 Kek Paling Gempak Untuk Meriahkan Hari Jadi Anak!
Posted by Eat Cake Today on
Hari jadi adalah antara hari yang paling istimewa bagi seseorang, lagi-lagi hari jadi anak! Siapa lagi hero kepada mereka melainkan ibu bapa mereka sendiri! Mesti mereka gembira melihat heronya ingat akan hari istimewanya! Tak ke sejuk hati tengok anak teruja dan tersenyum, lagi-lagi semasa dia lihat kek yang menunggu kedatangannya?
Jadi, apa tunggu lagi? Hari lahir anak dah dekat kan? Tak payah risau tentang kek untuk hari jadinya. Kami dah siap list untuk 10 kek yang betul-betul padu, bukan sahaja dalam cita rasanya, tapi dari segi luarannya juga!
JOM KITA TENGOK PILIHAN KEK INI BERSAMA!!!
Saiz kek ni kecil, tapi rasa dia memang cukup kaya dan memikat cita rasa~ Kek cawan coklat ini moist. Tambah lagi krim mentega Nutella yang dituangkan atas kek cawan coklat ni. Lepas tu dihias pula dengan sebiji coklat Ferrero Rocher. Sesuai dibuat hidangan sampingan untuk dikongsi bersama.
Tapi kalau kalian nak kek cawan coklat yang lebih humble boleh cuba kek cawan ini. Dari luar nampak simple je. Macam kek cawan dengan frosting dan sprinkles. Baru gigit sikit dah terasa moist bahagian kek coklatnya. Frosting-nya pun bukan biasa-biasa~ Dibuat dari chocolate ganache yang pekat dan kaya dengan keenakan koko.
Kalau anak kalian tak berapa minat kek coklat, kek ni datang dengan pilihan kek mentega. Tak kisah kek mana kalian pilih (kek coklat atau kek mentega), dua-dua pilihan ni sama dari segi moist-nya! Kek terbaik untuk anak perempuan atau anak laki yang suka dengan warna pink~
Mungkin anak kalian minat dengan Sesame Street? Kalau begitu memang ngam lah kek coklat (atau mentega) Cookie Monster ni dengan dia! Kek ini akan dihiasi dengan warna biru muda dan muka Cookie Monster serta biskut-biskut kegemarannya.
Mentega kacang dan coklat memang padan dengan selera kanak-kanak dengan teksturnya yang pekat dan berkrim~ Apa kata kalau dua-dua bahan ni dicampurkan sekali untuk menghasilkan kek coklat dan mentega kacang? Confirm lagi padu dengan bahagian kek coklat nya yang moist!
Nutella juga sesuatu yang si kecil suka makan. Dengan manisnya, rasa kokonya yang berlemak lagi. Semua tu dicampurkan sekali untuk mencipta kek Nutella ni! Kalau nak cari kek coklat yang moist belaka serta mempunyai ciri-ciri Nutella kek coklat ni lah yang anda cari!
Semua orang tahu lagunya. Budak-budak pula cukup minat dengan lagu Baby Shark ini sampai mereka tak boleh berhenti menyanyi! Kek coklat moist ni memberi vibe yang cukup seronok untuk seisi keluarga. Kek coklat (atau mentega) yang dihiasi dengan krim mentega biru dan putih untuk membuat corak seperti di lautan~
Superman, Batman, dan Spiderman bergabung tenaga untuk memeriahkan lagi majlis hari jadi anak kalian! Para adiwira ini berdiri megah atas kek coklat (atau mentega) moist yang dihiasi dengan krim mentega dan putaran krim mentega di antara hero-hero kegemaran kalian~
Nama je simply tapi rasa dan rupanya tak simple! Tiga lapisan kek coklat moist dan krim putar pada setiap lapisan. Lapisan atas sekali dihiasi lagi dengan strawberry dan sos strawberry untuk cita rasa yang masam-masam manis!
Siapa je yang tak suka Oreo? Tak kisah tua atau muda semua orang suka makan biskut Oreo kan? Apa kata kami buatkan Oreo ni jadi kek aiskrim? Bahagian atas biskut Oreo, bahagian bawah pon dibuat dari Biskut Oreo. Isinya pon aiskrim Oreo Vanilla. Jangan terkejut dengan potongan kek brownie di dalamnya~
Akhir kata, apabila datangnya hari lahir anak-anak kita janganlah dibiar macam tu je. Buat mereka rasa disayangi dan dihargai. Tak payah buat majlis yang grand pun takpe. Berikannya kek coklat (atau apa sahaja perisa kegemarannya) pun dah cukup.
Anda mahu lebih pilihan? Kami ada banyak pilihan koleksi kek yang menarik dari segi rasa dan design! Klik sini untuk melihat koleksi penuh kek kami~