Menu
Cart 0

TERLIUR KAMI TENGOK 7 KEK COKLAT PALING MOIST NI

Posted by Eat Cake Today on

Kami semua suka makan coklat kan~ Tapi tahukah dari mana datangnya coklat tu? Coklat asalnya tumbuh dari pokok koko dan biji dari buahnya digunakan untuk membuat perisa yang digemari ramai! Kadang-kadang kami juga tak percaya kek coklat tu asalnya tumbuh dari pokok. Walaupun asal-usualnya agak pelik, keupayaannya untuk membuat kami terliur tu taklah sepelik itu~ Tak percaya? Nah! Tengok la sendiri 7 kek coklat yang paling moist ni! Hati-hati, nanti terliur~ 

Kek Cake Delivery Malaysia PJ KL
  1. Chocolate Mousse Cake

Kalau nak rasa kek coklat yang anggun, minimalistik, dan moist boleh la cuba Chocolate Mousse Cake! Satu suap cukup untuk buat kalian rasa seperti dibuai katil yang empuk dan enggan untuk melepaskan kalian dari genggamannya yang selesa. Bukan sahaja kek coklat ni kaya dengan keenakan koko, tapi setiap lapisan mesti ada kek span coklat untuk memberi citarasa empuk pada lapisan kek yang moist! 

Kek Cake Delivery Malaysia PJ KL
  1. Awfully Chocolate Cake

Tengok je dah boleh rasa terliur. Belum cuba lagi Awfully Chocolate Cake ni! Dekat luar kek coklat ni dah nampak cukup moist dah, lagi-lagi dengan lapisan frosting yang cukup tebal! Kalau potong kek coklat ni lagi lah nampak moist! Ha kan dah kata mesti terliur punya kalau tengok~ 

Kek Cake Delivery Malaysia PJ KL
  1. Chocolate Royale Cake

Pernah tak teringin untuk makan kek coklat yang membuatkan kalian rasa seperti kerabat diraja? Cubalah sendiri Chocolate Royale Cake ini! Jangan terkejut kalau tiba-tiba kalian terbangun dalam sebuah istana~ Sekali tengok kek coklat ni takdelah moist mana. Sekali potong nampak lah dia punya intipati. Nampak lah pes hazelnut praline dia terbungkus dalam lapisan tebal coklat gelap Belgium dan feuilletine berkrim~ 

Kek Cake Delivery Malaysia PJ KL
  1. Chocolate Mud Cake 

Mesti kalian tak jangka Chocolate Mud Cake ni comel sungguh kan? Luaran kek coklat ni dah cukup manis dan berseri dengan pusaran coklat yang dipaip serta dihiasi permata-permata emas yang bersinar pada permukaan chocolate ganache ni~ Sebaik sahaja potong kek coklat ni, nampaklah lapisan-lapisan moist dan kemas~

Kek Cake Delivery Malaysia PJ KL
  1. Salted Caramel Popcorn Cake

Suka tengok wayang? Kami geng! Sebelum buka movie tu ambil la dulu sepotong Salted Caramel Popcorn Cake ni! Lapisan kek coklat moist yang dihiasi salted caramel buttercream, bertih jagung, serta sos karamel asin dan coklat ni memang terbaik sebagai peneman tengok wayang. Janganlah sampai bawa kek coklat yang moist ni ke panggung wayang pulak! 

Kek Cake Delivery Malaysia PJ KL
  1. Vegan Classic Chocolate Cake 

“Tengah jaga badan tapi rasa macam nak makan kek coklat…,” Pernah kalian rasa macam ni? Dengan Vegan Classic Chocolate Cake ni tak payah risau dah! Kek coklat yang cukup lembut dan moist, tapi bebas dari gluten! Untuk meriahkan lagi kek coklat ni, beberapa potongan Strawberry segar menghiasi permukaan kek ini! 

Kek Cake Delivery Malaysia PJ KL
  1. 7 Layers Chocolate Cake

Bukan 1, bukan 2, tetapi 7 lapisan kek coklat yang betul-betul membangkitkan selera dengan rupanya yang menawan dan lapisan keknya yang moist! 7 Layers Chocolate Cake ini juga dihiasi bintang-bintang di langit untuk mengilaukan selera kalian! 


Akhir kata, walaupun kek coklat dari Eat Cake Today cukup unik, kesemua bahan-bahannya datang dari sumber yang asli, iaitu dari biji pokok koko. Dari situlah kami mula membuat kek yang cukup kena dengan selera kalian! 


Ikutkan banyak je lagi kek coklat yang cukup lembut dan moist sampai bibir kita sendiri jadi moist sebab terliur sangat. Kalau nak lihat sendiri koleksi mega kek coklat yang moist-moist belaka boleh ketik link ini: https://bit.ly/2XOAlzn 


Share this post



← Older Post Newer Post →

★ Customer Reviews ★

Real Customer Feedback

12219 reviews
79%
(9631)
15%
(1828)
4%
(514)
1%
(146)
1%
(100)
Deliciously strong coffee flavor
On time delivery and tasty cakes.
Amazing
Very nice durian cheese cake