Menu
Cart 0

TERBAIK! 4 JAM BOLEH SIAP KEK GEBU DAN MOIST NI

Posted by Eat Cake Today on

Mesti kalian percaya bahawa kalau sesuatu itu dibuat dengan cepat, barangkali kualiti-nya tak ada lah baik mana kan? Tapi percayakah kalian jika kami bagitahu yang kalian boleh dapatkan kek yang setaraf kedai bakeri yang terkemuka dalam hanya 4 jam sahaja? 


Ya betul tu! Dalam masa 4 jam sahaja, kalian boleh dapat kek yang bukan sahaja memukau di jiwa tetapi juga di deria rasa! Bukan senang nak cari kedai bakeri yang mengutamakan pelanggannya seperti ini. 


Tak percaya lagi? Nah. Tengok sendiri list 6 kek yang kami dari Eat Cake Today boleh offer kalian dalam masa 4 jam sahaja!


AWAS: NANTI TERLIUR! 


  • Chocolate Mousse Cake 7"
  • Selalu kalau terfikir pasal kek coklat mesti kalian akan menganggap ia sebagai sesuatu yang terlalu pekat sampai muak nak makan. Tapi Chocolate Mousse Cake ni lain dari kek coklat yang lain. Kek coklat ni lembut dan berspan serta cukup moist untuk cair di dalam mulut. Siap ada daun emas yang comel lagi atas kek coklat ni! 


    Jadi kalau kalian rasa macam nak kek yang bukan setakat penuh dengan cita rasa coklat yang pekat boleh cuba kek coklat ni! 

  • Crunchy Nutella Cake 9"
  • Kek coklat ni pula untuk peminat tegar coklat yang nak disengat dengan kekayaan koko sejurus sahaja ia di-ngap masuk ke dalam mulut~ Lagi-lagi kalau setiap lapisan tu kena sapu dengan Nutella pure punya. Tak cukup lagi dengan rasa kek coklat padu dan moist tambah lagi kacang hazel rangup untuk kasi lagi kick. 


    Tak payah dah korek-korek bekas Nutella dah lepas ni. Sebab ada Nutella dalam versi kek coklat yang lagi padu! 

  • Chocolate Royale Cake 9"
  • Kek coklat ni pula untuk kalian yang minat sesuatu yang lebih berkrim dan simple. Sekali pandang dari luar rasa berdosa pula nak potong kek ni sebab terlalu clean. Tapi sekali dapat tengok isi kek coklat ni… PERGH memang dah dapat rasa selera meningkat. Dalam kek coklat ni dah la moist, pekat, ada kekacang lagi untuk beri lebih texture pada kek


    Kalau nak cari kek untuk majlis hari lahir kek coklat ni memang pilihan paling padu. Tak akan ada punya orang complain tentang kek ni! 

  • Rainbow Unicorn Cake 5"
  • Masih tak percaya dengan kuasa magis? Tengok sendiri Unicorn Cake ni. Dengan badannya yang putih, bersih, siap bersinar lagi. Rambutnya yang panjang dan berwarna pastel lembut. Dengan raut wajahnya yang cukup peramah. Kan anggun tu. 


    Memang sesuai untuk majlis anak-anak perempuan. Mesti dia akan tersenyum bila melihat Unicorn Cake ni muncul pada hari istimewanya. 

  • Durian Cheesecake 9"
  • Kalau nak dibandingkan raja segala buah ni dengan buah yang lain, Durian lagi best dengan isinya yang cukup lembut dan berkrim. Tapi apa akan jadi kalau Durian dicampurkan ke dalam resipi Cheesecake? Berkali-kali ganda rasa berkrim nya! Memang gabungan yang paling win dalam membuat Cheesecake


    Tak semua orang minat dengan Durian ni… tapi kalau dapat kawan-kawan yang gilakan Durian ajak lepak sekali! 

  • Burnt Cheesecake
  • Kalau cerita tentang burnt cheesecake mesti terbayang cheesecake yang dibakar hingga luarnya rangup dan intinya yang membuat sesiapa sahaja cair~ Burnt cheesecake ni senang untuk kalian jatuh cinta dan susah untuk dibenci! Pilihan utama untuk apa sahaja majlis~ 


    Kami dari Eat Cake Today selalu mengutamakan keselesaan dan kepuasan pelanggan kami. Jadi kami akan membuat apa sahaja untuk kalian. Kami juga percaya bahawa sesuatu yang dibuat dengan cepat tak semestinya kurang berkualiti. 


    Itu hanya serba sedikit kek yang kami offer dalam janga masa 4 jam. Tengoklah sendiri koleksi mega kek 4 jam kami! 


    Share this post



    ← Older Post Newer Post →

    ★ Customer Reviews ★

    Real Customer Feedback

    12040 reviews
    79%
    (9499)
    15%
    (1799)
    4%
    (504)
    1%
    (141)
    1%
    (97)
    Repeat customer
    Sweet but delicate
    Awewsome cake !
    Chocolate Mess
    Delicious Lemon Cheesecake