icon icon
Menu
Cart 0

Kek Viral Terkini Yang Mesti Anda Cuba

Posted by Eat Cake Today on

Sekarang memang semua orang akan berkongsi dalam mana-mana tempat masa ada benda yang viral. Jika anda sedang mencari kek viral 2020, awak telah masuk page yang betul sebab Eat Cake Today akan memperkenal kek yang paling viral dan layak jadi desert tercantik tahun ini, iaitu Kek Biscoff, Kek Tornado dan Kek Korean. 

Chocolate Tuxedo Cake 9” aka Kek Tornado
Kek Tornado mempunyai tiga lapisan, iaitu kek coklat, lapisan cheese dan cukup lengkap dengan coklat ganache yang mewah. Bukan sahaja kek tornado ini lembap malah kek ini moist dan cair dalam mulut. Selain daripada design yang lebih elegen dan kemas, kek tornado yang sangat moist dan kaya dengan coklat sesuai untuk dinikmati bersama kawan-kawan dan keluarga!

Pastel Blue Korean Kek 5” - Kek Korea

Kami selalu tertarik dengan kek bersaiz petite kerana kelihatannya memang comel. Kek minimalis membuatkan mata kami tidak berkelip dan rambang mata. Tidak perlu hiasan yang rumit, kek ini hanya dihias dengan krim yang berwarna pastel dengan tulisan yang ringkas. Tengok deko yang cantik ini dan saiz yang comel ini, sayanglah nak potong.

Pastel Pink Korean Kek 5” - Kek Korea

Berbeza dengan kek biasa yang didatangkan dengan pelbagai dekorasi, kek Korean ini dihias dengan ringkas. Warna yang ditampilkan ialah warna pastel, hasilnya simple dan cantik sangat! Selain itu, kek saiz ini kecil dan tidak perlu akan bazir. Sedap mata memandang, sedap juga dimakan!

Biscoff Coffee Cake 7”

Suka biskut Biscoff? Makan biskut macam biasa ni dah sangat sedap. Sekarang Eat Cake Today mempersila Biscoff Coffee Cake untuk anda. Kek coklat moist ni cukup sesuai dengan kalian! Kek coklat bercampur dengan biskut kopi Biscoff memang terbaik! Lagi best ialah kek ini sangat gebu dan lembab, ramai akan suka kek ini.

White Chocolate Lotus Biscoff Drip Cake

Selalu nampak kek ini melintasi timeline media sosial anda? Ya! Inilah satu daripada kek viral 2020, kek Biscoff! Lihat sahaja kek ini, mesti ramai sudah terliur dan ingin mencuba. Rasanya yang unik dengan buttercream dan deko yang cantik akan menjadi bualan terbaru ramai. Biscoff Cake ni memang best makan dan tak muak langsung.

Selepas ini, awak tidak perlu bersusah-payah nak cari kek viral dekat bakery shop near me. Eat Cake Today dapat memenuhi idaman anda dengan memberikan servis penghantaran sampai rumah anda. Kini segala-galanya di hujung jari anda. Kejar trend yang terbaru dengan layari laman web kami dan memilih kek viral yang anda sukai untuk memeriahkan sambutan anda. Anda juga boleh melayari laman web kita untuk kek yang lain: www.eatcaketoday.com


Share this post



← Older Post Newer Post →