5 Kek Cheese Viral Anda Pasti Mahu Lagi
Posted by Eat Cake Today on
No Bake Frozen Cheesecake adalah kegemaran semua orang kerana anda boleh menikmati kek cheese itu untuk pelbagai majlis. Ia bukan sekadar kek keju biasa, ia juga boleh menjadi pencuci mulut yang sangat memuaskan setiap orang yg menikmati kek cheese kami.
1. Blueberry Cheesecake
Jadi, ini adalah kek cheese dibuat tanpa menggunakan oven. Gabungan manis, sedikit masin dan crunchy dari biskut hancur dinikmati bersama krim cheese premium dapat menciptakan keenakkan pencuci mulut yang sesuai untuk semua golongan umur untuk menikmatinya. tidak seperti blueberry cake di cafe lain, kek cheese kami lebih creamy dan sangat menyelerakan.
2. Mango Cheesecake
Bukan hanya kek cheese ini kelihatan cantik dari luaran sahaja tetapi rasanya juga sangat sedap! kemanisan yang datang dari fresh mango yang direka seperti bunga rose itu juga memberi aura yang luar biasa kepada kek cheese tersebut. Hayati musim panas tropika dengan kek cheese manga ini kerana setiap suapan akan menceriakan hari hari anda!
3. Salted Caramel Cheesecake
Sos salted caramel buatan sendiri dan crispearls salted caramel Callebaut dilimpahkan di atas kek cheese ini. salted caramel dapat mengimbangi rasa manis dengan tekstur lebih crispy daripada crispearls. rasanya amat unik dan tidak akan muak kerana gabungan manis masing crunchy adalah gabungan yang perfect! melengkapi antara satu sama lain. sangat sesuai untuk mereka yang bukan penggemar dessert yang terlalu manis. wajib cuba!
4. Peach Cheesecake
Serlahkan citarasa anda dengan kek cheese peach ini. Kepada mereka yang menggemari kek dengan sedikit masam dan manis, maka ini adalah yang sesuai untuk anda. Tekstur lembut dan baldu dengan setiap gigitan dan buah peach yang sangat juicy. bayangkan setiap suapan kek cheese peach dengan rasa masam,manis, creamy dan juicy sangat mengagumkan pasti tidak menghampakan.
5. Chocolate Ganache Cheesecake
Diperbuat daripada bahan-bahan import berkualiti tinggi. Kepahitan daripada dark chocolate ganache sesuai dengan kek cheese yang licin dan berkrim. setiap suapan yang masuk ke mulut adalah moment yang menarik pada musim panas lagi lagi kalau makan dan kongsi bersama keluarga dan kawan-kawan, kerana rasanya seperti kek ais krim!
Layarilah koleksi kek cheese kami dan order sekarang dari Eat Cake Today: https://www.eatcaketoday.com/collections/cheesy-bakery